Sunday, 11 May 2014

kucing

Kisah Wanita Tua Penyayang dan kucing di Tanah Suci Makkah
------------------------------------------------------------------------
Ini adalah kisah dan amalan mulia yang dimiliki oleh seorang Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Beliau amat suka memelihara kucing. Di rumahnya ada banyak kucing. Beliau memberi makan dan minum kucing. Belaiu pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendek kata rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
-------------------------------
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Kerana sudah tua dan uzur, lututnya pun lemah dan sentiasa sakit. Beliau menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie dan mengupah petugas Arab menolaknya.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
-------------------------------
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amiiin~
WallahuA'lam

Sumber dari : carian google - mugmerah

Saturday, 14 May 2011

kubur....( volume 1 )




KUBUR adalah satu RUMAH yang KECIL
lagi SEMPIT..
KUBUR adalah satu RUMAH yang GELAP..
KUBUR adalah satu RUMAH yang MENAKUTKAN...
KUBUR adalah satu RUMAH yang penuh CACING2..
KALA JENGKING...
KUBUR boleh  menjadi tempat MENYENANGKAN..
MENGGEMBIRAKAN dan MEMBAHAGIAKAN..
TAPI TAPI TAPI
bole juga menjadi tempat yang MENGHINAKAN
MENGGRERUNKAN dan MENYEKSAKAN...





Nabi Muhammad S.A.W bersabda..


Aku senang hati jika setiap umatku
menghafal setiap ayat dari SURAH AL-MULK...


kenapa..????
amalkan surah ini...
Insya-ALLAH..
terselamat dari seksa kubur..
tapi amalan lain jangan tinggal......


renung-renungkan dan
selamat beramal....


santai TAPI bantai

Saturday, 30 April 2011

Nilai sabar ketika sakit

SAlAm..

KETAHUILAH WAHAI SAHABAT...
dalam sebuah hadis NABI ade menyebut...


dan ketika seseorang itu sakit...
maka ALLAH perintahkan satu malaikat...


' turunlah kau, lihatlah ape yang hambaku lakukan
jika dia menyebut ALHAMDULILLAH maka kau hapuskan 
buku amal buruknya
tuliskan di dalam buku amal baiknya tentang suatu kebajikan
yang tak pernah dia lakukan '





santai TAPI bantai